Siasatan Ke Atas Perhimpunan Haram 9 Julai Belum Selesai - Menteri

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan polis berhubung perhimpunan haram 9 Julai lepas belum selesai.

Beliau berkata, sebarang tindakan susulan berhubung kes berkenaan bergantung kepada hasil siasatan penuh kejadian itu yang dilakukan enam jawatankuasa khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Siasatan belum selesai. Yang salah tetap akan didakwa tapi pendakwaan bergantung kepada Peguam Negara selepas meneliti bukti dan siasatan PDRM termasuk klip video (mengenai perhimpunan itu)," katanya dalam khidmat SMS kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada polis telah melengkapkan siasatan kes itu dengan penayangan video mengenai perhimpunan haram terbabit baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, penayangan video itu kepada media dan orang awam hanyalah sebahagian daripada siasatan dan ada lagi yang akan didedahkan.

Baru-baru ini polis menyiarkan rakaman video kepada media dan orang awam yang antara lain menunjukkan tindakan polis dalam menyuraikan perhimpunan haram itu.

Sementara itu, ditanya mengenai penghantaran pulang seorang peguam rakyat Perancis, William Bourdon ketika peguam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lepas, Hishammuddin berkata: "Dia melanggar syarat visa pelawatnya. Itu sahaja sebab kenapa dia dihantar balik dan tiada kaitan dengan apa-apa isu politik."

Bourdon dilapor berada di Pulau Pinang Khamis lepas untuk majlis penerangan mengenai pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

Peguam terbabit ditahan Jabatan Imigresen di KLIA pada Jumaat dan dihantar pulang ke Paris pada hari yang sama.

Ditanya sama ada kehadiran peguam itu di negara ini mengancam keselamatan negara, Hishammuddin enggan mengulas.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad ketika ditemui Bernama pada satu majlis di sini berkata: "Ia ada kaitan dengan masalah visanya..." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan