Rondaan Mencegah Jenayah Polis Dan ATM Dilancar Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Program Rondaan Bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di negeri ini Isnin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata kerjasama strategik antara polis dan tentera itu akan dilakukan pada sebelah siang untuk pencegahan jenayah menerusi rondaan jalan kaki, rondaan berkereta, ops payung dan sekatan jalan raya.

Beliau berkata daerah Barat Daya Pulau Pinang merupakan daerah keenam dipilih selepas kejayaan program itu di Taiping, Ipoh, Port Dickson, Seremban dan Kota Baharu.

"Masyarakat perlu tahu adanya sistem rondaan polis bersama ATM dan kami yakin dengan adanya program seumpama ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemasyarakatan PDRM dan ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah di sini Isnin.

“Ini adalah satu pendekatan terbaik untuk kedua-dua pasukan keselamatan bekerjasama memerangi jenayah dan pada masa akan datang," katanya. – BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan