Presiden Takaful Ikhlas Terima Anugerah Kepimpinan Global 2011 - Berita Semasa | mStar

Presiden Takaful Ikhlas Terima Anugerah Kepimpinan Global 2011

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman menerima Anugerah Kepimpinan Global 2011 daripada The Leaders Magazine, yang disokong oleh Persatuan Kepimpinan Amerika.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin Syed Moheeb berkata anugerah itu merupakan perakuan yang sangat bermakna baginya.

"Perakuan ini wajar dikongsi bersama para pelanggan, ejen dan petugas Takaful Ikhlas yang banyak memberi sokongan kepada saya.

"Kejayaan ini memperkukuh semangat saya untuk lebih berdedikasi dan bekerja keras bagi meningkatkan status Takaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berlandaskan nilai dan prinsip Syariah," katanya.

Syed Moheeb sudah membabitkan diri dalam industri insurans dan takaful selama 36 tahun dan sudah mengetuai pelbagai syarikat insurans langsung dan insurans semula di peringkat tempatan dan multinasional.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan