Perhebat Rancang Tempoh Latihan Lebih Lama - Berita Semasa | mStar

Perhebat Rancang Tempoh Latihan Lebih Lama

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan merancang untuk memanjangkan tempoh latihan kepada anggota tentera yang bakal bersara bagi memastikan mereka memperolehi kelayakan sewajarnya untuk memulakan kerjaya lain.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata buat masa ini, mereka diberikan latihan selama enam hingga 18 bulan.

Menerusi perancangan yang akan dilaksana Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dengan kerjasama syarikat tempatan itu, tempoh latihan dipanjangkan sehingga tiga tahun, katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

"Kita mahu anggota tentera kita yang bakal menamatkan perkhidmatan mengikut contoh seperti tentera Amerika Syarikat iaitu telah ditempah tiga tahun lebih awal sebelum mereka menamatkan perkhidmatan," kata Ahmad Zahid.

Katanya beliau telah berbincang dengan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain mengenai perkara tersebut.

Kerjaya kedua ini penting bagi anggota tentera yang berkhidmat dalam jangka masa pendek atau pegawai lain-lain pangkat yang berkhidmat hanya untuk 21 tahun, kerana mereka masih muda ketika bersara daripada angkatan tentera, katanya.

Ahmad Zahid sebelum itu menghadiri majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Memorandum Perjanjian (MOA) antara Perhebat dengan Jabatan Laut, Bousted Naval Shipyard (BNS), Sublime/Meta, Robert Bosch, Security Plus, City & Guilds dan Training Welding Institute (TWI).- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan