MBAS Tidak Lagi Lulus Projek Perumahan Dalam Tanah Pertanian MADA

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak lagi meluluskan permohonan pemaju perumahan untuk membina rumah di kawasan tanah pertaniah sawah padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata tindakan itu selaras dengan saranan kerajaan negeri yang tidak menggalakkan pembangunan perumahan dilakukan di kawasan sawah padi yang mengakibatkan tanah untuk kegunaan pertanian sawah padi kian terhad.

Katanya sekatan yang dibuat MBAS bukan bertujuan untuk menyekat pembangunan di bandar raya ini tetapi mahu mengimbangkan pembangunan di pusat bandar raya dan di kawasan sekitarnya selain mahu mengekalkan status negeri itu sebagai negeri Jelapang Padi selain dapat menjana pendapatan kerajaan negeri.

"Kita ada tanah di luar kawasan Mada yang boleh dibangunkan oleh pemaju-pemaju perumahan seperti di Pokok Sena, Jabi dan Bukit Pinang dan saya kira kawasan tersebut strategik dan tidak jauh di kawasan Bandaraya Alor Setar.

"Kita juga akan mengesyorkan kawasan yang sesuai kepada pemaju perumahan dengan mengambil kira prasarana asas seperti jalan raya yang baik, sekolah, klinik kesihatan dan beberapa kemudahan lain yang berdekatan dengan kawasan perumahan yang bakal dibina," katanya selepas Majlis Mesra Rakyat Bersama Datuk Bandar Alor Setar di sini Ahad.

Mat Noh yang baru menjadi Datuk Bandar Alor Setar sejak 17 Julai lalu berkata pemaju perumahan yang mengemukakan permohonan, ia mestilah lengkap mengikut peraturan dan piagam yang telah ditetapkan oleh MBAS bagi mengelakkan mereka melakukan permohonan sama berulang kali.

Mengenai peniaga haram di tepi jalan yang berleluasa di bandar raya ini, beliau berkata MBAS akan menjalankan operasi bersepadu terhadap mereka dengan menyita barang-barang perniagaannya.

"Mereka melanggar peraturan MBAS dengan berniaga secara haram di tepi jalan tanpa ada kelulusan daripada majlis. Mereka juga sering menimbulkan masalah kepada penduduk setempat dengan pembuangan sampah sarap dalam longkang dan parit serta mengganggu pengguna jalan raya," katanya.

Justeru itu beliau berharap peniaga haram ini menutup peniagaan mereka dan mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan dan menghormati undang-undang sedia ada bagi menjamin keselesaan rakyat di negeri ini.

Terdahulu Mat Noh menyampaikan hadiah kepada sembilan pemenang pertandingan menulis esei sempena sambutan ulang tahun ketujuh MBAS yang disertai oleh empat sekolah di sekitar Alor Setar.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan