Malaysia Hantar 4,000 Pemohon Suaka Ke Australia

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar 4,000 pelarian dan pemohon suaka ke Australia dalam usaha menangani jenayah merentasi sempadan antara kedua-dua negara.

Sebagai timbal balik, Australia akan menyerahkan 800 pelarian sama di negara itu kepada Kerajaan Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan, Chris Bowen bersepakat bahawa Malaysia-Australia perlu memulakan usahasama berkesan memerangi model sindiket penyeludupan migran.

"Ini adalah perjanjian yang pertama dalam dunia yang dibuat Malaysia-Australia

"Proses ini akan dimulakan tahun ini juga selepas kita kenal pasti pelarian-pelarian terbabit," katanya pada sidang akbar bersama Bowen di sini, Isnin.

Sebelum itu, kedua-dua menteri berkenaan memeterai dokumen pertukaran dua hala mengenai pelarian/pemohon suaka.

Malaysia dikenal pasti sebagai antara pusat transit pelarian yang diseludup masuk ke Australia.

Hishammuddin berkata, persetujuan itu juga termasuk membanteras jenayah pemerdagangan orang, penyeludupan dadah, keganasan, penggubahan wang haram dan lain-lain jenayah.

Katanya, keseluruhan proses penempatan semula pelarian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ini mengambil masa empat tahun dan Australia akan menanggung segala kos.

Dalam pada itu, Bowen berkata, pelarian-pelarian terbabit akan ditempatkan di pusat tahanan selama 45 hari sebelum diserap ke dalam masyarakat.

"Kos yang ditanggung ialah AUS$292 juta . Lokasi pusat penempatan juga telah dikenal pasti," jelasnya.

Beliau berkata, UNHCR dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) akan berperanan dalam proses ini.

"Kita juga mematuhi segala keperluan antarabangsa untuk pelarian-pelarian berkenaan," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan