Liow Minta Masyarakat Bantu Cegah Penyakit Tidak Berjangkit

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta lebih ramai sukarelawan dan anggota masyarakat mengambil bahagian dalam membantu memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD).

Beliau berkata penyakit tidak berjangkit di negara ini boleh dicegah dan dikurangkan dengan penglibatan daripada seluruh masyarakat.

"Kita bukan hanya memerlukan pertubuhan bukan kerajaan. Kita memerlukan sektor swasta dan kerajaan bekerjasama memerangi NCD. Ia perlu menjadi pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat keseluruhannya.

"Ia tidak boleh hanya satu kementerian dan hanya satu NGO. Ia memerlukan (penglibatan) keseluruhan kerajaan dan seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen TLC "Promise Me Season 2" di sini, Isnin.

Syarikat Truly Loving Sdn Bhd menganjurkan kempen itu untuk syarikat-syarikat memenuhi 'impian' 12 pertubuhan kebajikan.

Liow berkata kesan penglibatan komuniti boleh dilihat dalam kejayaan mengurangkan kes denggi sebanyak 57 peratus iaitu dari 27,400 dalam tempoh Januari hingga Jun 2010 kepada 11,600 dalam tempoh yang sama tahun ini.

Jumlah kematian juga menurun daripada 91 kepada 19.

Liow menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah untuk membayar kos rawatan perubatan supaya mendapatkan bantuan daripada Tabung Bantuan Perubatan yang ditubuhkan kerajaan.

Sejak 2005 hingga Julai tahun ini, kerajaan membelanjakan kira-kira RM117.4 juta -- kira-kira RM20 juta setahun -- untuk bantuan perubatan kepada golongan miskin. – BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan