Lebih Banyak Penyertaan Pihak Industri Diperlukan Bagi Jayakan Program PhD Industri

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih banyak penyertaan daripada pihak industri diperlukan terutamanya industri berprestasi tinggi bagi menjayakan program Ijazah Kedoktoran (PhD) Industri.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia juga dapat membantu matlamat kerajaan menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industi dan ahli akademik dicapai.

"Pihak industri juga boleh mengambil peluang itu untuk mendapatkan tenaga mahir yang boleh memberikan kepakarannya di tempat mereka menjalani pengajian PhD," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mohamed Khaled berkata program itu membenarkan pekerja di industri untuk menyambung pengajian di tempat kerja masing-masing tanpa perlu pergi ke universiti.

Tahun ini, katanya kementerian menyediakan 100 tempat dengan pembiayaan RM50,000 untuk menampung kos penyeliaan, kos latihan dan yuran pengajian sementara keseluruhan baki kos program ditanggung pihak industri terlibat.

"Daripada jumlah 100 tempat yang ditawarkan, sebanyak 51 tempat sudah diisi," katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai Program Doktor Kejuruteraan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan enam syarikat industri.

Enam syarikat industri itu ialah Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd, Solid Precision Engineering Sdn Bhd, National Semiconductor (Melaka) Sdn Bhd, Infineon Technologies (Melaka) Sdn Bhd, Rubber Leisure Product Sdn Bhd dan Composites Technologies Researh Malaysia.

Mengenai perkembangan program MyBrain 15, menerusi MyPhD 672 tempat diisi, melebihi yang ditawarkan iaitu 650 tempat, MyMaster 8,000 tempat ditawarkan, 2,802 sudah diisi. – BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan