1,000 Koperasi Akan Ditubuhkan Di Sarawak Menjelang 2013

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mensasarkan sebanyak 1,000 buah koperasi ditubuhkan di seluruh Sarawak menjelang akhir tahun 2013 melalui program mengkoperasikan masyarakat yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim berkata sehingga tahun lepas sejumlah 658 koperasi telah didaftarkan di negeri ini.

Bilangan anggota adalah seramai 320,512 orang, modal syer terkumpul RM134.7 juta dan jumlah aset terkumpul RM331.32 juta manakala pusingan perniagaan adalah sebanyak RM176.02 juta, katanya ketika berucap pada penutupan Seminar dan Bengkel Penubuhan Kariah Masjid Negeri Sarawak di sini Ahad.

Beliau berkata perangkaan ini menunjukkan gerakan koperasi di Sarawak yang mempunyai kekuatan dari segi keanggotaan dan modal, akan terus mencatatkan peningkatan.

Seminar dua hari itu yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dengan kerjasama SKM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) disertai 200 anggota jawatankuasa masjid di kawasan tengah Sarawak.

Mengikut perangkaan SKM Sarawak, sehingga pertengahan tahun ini jumlah koperasi meningkat kepada 729 buah dengan keanggotaan 350,000 orang, modal syer terkumpul mencecah RM150 juta dan jumlah aset terkumpul menokok kepada RM351 juta.

Rohani berkata, sektor koperasi merupakan sektor perniagaan besar yang boleh diceburi kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 13 koperasi kariah masjid akan ditubuhkan di setiap bahagian di Sarawak pada tahun ini yang akan dijadikan mentor serta perintis dalam melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi melalui institusi masjid.

"Kesemua 13 koperasi kariah masjid ini telah diberi lesen oleh SKM dan akan bermula dengan aktiviti pemborongan dan peruncitan dengan menjurus kepada pembekalan produk halal.

Di samping itu koperasi kariah masjid ini boleh bergabung dan membantu kerajaan membangunkan zon halal di Tanjung Manis di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE), jelasnya.

Beliau berkata, dengan penglibatan koperasi kariah masjid di kawasan SCORE, ia akan memberi impak besar dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat yang majoritinya adalah orang Islam.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan