Rakyat Terjemahkan Konsep Hanruh Pastikan Negara Terus Aman

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara, membuktikan keberkesanan Konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) yang diguna pakai oleh kerajaan berkaitan keselamatan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Hanruh diterjemahkan oleh rakyat dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta agensi penguatkuasa lain, untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terjamin.

"Kita bersyukur kerana konsep Hanruh ini sudah diterjemahkan oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kompeni Askar Wataniah kawasan Parlimen Kota Melaka di Taman Sri Telok Mas di sini, Ahad.

Zahid mengulas kajian Global Peace Index (GPI) 2011 yang mendapati Malaysia adalah negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara seluruh dunia.

Beliau berkata kajian tentunya mengambil kira faktor perbelanjaan pertahanan negara yang rendah namun tahap kesiapsiagaan pertahanan adalah yang terbaik.

"Tidak sebagaimana yang disebut oleh parti pembangkang bahawa perbelanjaan pembelian aset dan perbelanjaan pengendalian angkatan tentera kononnya terlalu tinggi," kata Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata rakyat perlu menolak manipulasi parti pembangkang yang cuba menanam bimbit kebencian dengan cara menyalahkan kerajaan dalam semua perkara.

Terdahulu, semasa berucap Zahid menyeru lebih ramai lagi rakyat berbilang kaum menyertai Askar Wataniah yang kini mempunyai keanggotaan seramai 81,506 orang di seluruh negara.

Beliau berkata tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan tidak sepatutnya hanya diserahkan kepada tentera dan polis kerana masyarakat awam termasuk wakil rakyat dan pemimpin tempatan, boleh memberi sumbangan.

Pada majlis itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dipakaikan pangkat Brig Jen Kehormat Askar Wataniah.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan