Pelaburan Di Kelantan Sangat Perlahan:Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kemasukan pelabur ke Kelantan 'sangat perlahan' kerana wujud beberapa halangan seperti faktor geografi, kekurangan infrastruktur serta kurang kerjasama dengan kerajaan negeri yang mengakibatkan mereka tidak berminat untuk melabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata meskipun kerajaan pusat melalui kementeriannya giat melakukan promosi pelaburan di luar negara untuk menarik pelabur ke Kelantan namun pelabur tidak berminat kerana halangan-halangan tersebut.

"Saya selaku menteri bertanggungjawab tidak akan lepas tangan untuk menarik pelabur bila ke luar negara bersama-sama pihak Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang sentiasa menyertai rombongan ke luar negara.

"Pelabur luar negara itu memberikan pelbagai alasan seperti faktor geografi termasuk kurangnya infrastruktur di kawasan perkilangan (untuk tidak melabur)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di sini, Ahad.

Mustapa, yang juga Pengerusi MTPNK, berkata apa yang akan dilakukan kementeriannya sekarang ialah membantu pelabur sedia ada di Kelantan untuk terus mengembangkan operasi mereka selain meningkatkan prasarana di kawasan perkilangan melalui MIDA.

Beliau berkata kerajaan Kelantan tidak membantu pihaknya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur kepada pelabur berkenaan yang menyebabkan kerajaan Pusat terpaksa mengatasi masalah itu.

"Promosi pelaburan sentiasa berjalan tetapi kerajaan negeri mungkin buat promosi berasingan tetapi mereka tidak membantu soal meningkatkan infrastruktur," katanya.

Mustapa berkata ECER sedang membangunkan Taman Industri Halal di Pasir Mas yang apabila beroperasi kelak mampu melonjakkan iklim pelaburan di Kelantan.

Katanya MIDA memperuntukkan sebanyak RM1.45 juta sepanjang tahun ini bagi meningkatkan prasarana di kawasan perkilangan di beberapa lokasi di Kelantan dan telah membelanjakan RM14.7 juta pada tahun lepas bagi tujuan yang sama.

Sementara itu, Mustapa meminta semua ketua jabatan memantau pelaksanaan pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan jabatan masing-masing yang kini sangat perlahan iaitu sekitar 22 peratus sahaja berbanding peringkat kebangsaan yang telah mencapai 30 peratus.

"Kita juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau segala pelaksanaan ini," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan