Murid Berusia 11 Tahun Antara Pemenang Pertandingan Poskad/Esei Hari Jadi PM

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Murid berusia 11 tahun dari Perlis, Pija Shafiza, hari ini diumumkan sebagai seorang daripada enam pemenang pertandingan poskad dan esei pendek secara talian, yang diadakan sempena hari jadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke-58 semalam.

Pertandingan itu yang dianjur bersama oleh Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia dilancarkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi ADR, di Melaka pada 8 Julai lepas.

Menurut kenyataan penganjur, Pija memenangi kategori esei pendek bersama dua lagi iaitu Yacob Pon Pon, 39, dari Sarawak dan Lemuel Ong Chin Shan, 18, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelajar sekolah di Putrajaya, Md Amirul Md Amidon, 15, pula merupakan antara tiga pemenang kategori poskad kreatif hari jadi pemimpin negara tersebut.

Dua yang lain ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.

Masing-masing akan menerima hadiah iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan