Keputusan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kematian Teoh Dibuat Berdasarkan Kebenaran:PM

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata rakyat tidak sepatutnya mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock kerana ianya dibuat berdasarkan kebenaran.

Perdana Menteri berkata suruhanjaya itu yang ditubuhkan di atas nama Yang di-Pertuan Agong merupakan sebuah badan yang bebas, adil dan mempunyai kredibiliti, dan sebarang kesimpulan yang dicapainya "adalah dalam bentuk kebenaran."

"Jangan persoalkan kesimpulan (yang dibuat oleh suruhanjaya itu) kerana ianya akan menggagalkan tujuan penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja)," katanya.

Beliau berkata jika rakyat berterusan mempersoalkan kepada kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu, "apa lagi alternatif lain yang ada" untuk menjalankan siasatan bagi menyiasat kematian Teoh.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai suara-suara yang masih tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang dicapai oleh suruhanjaya itu mengenai punca kematian Teoh bahawa dia membunuh diri, termasuk keluarga Teoh, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional negeri Perlis di sini Sabtu.

Najib yang mengadakan lawatan sehari ke Perlis hari ini berkata mereka yang dilantik menganggotai suruhanjaya itu adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kredibiliti.

Suruhanjaya itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Suruhanjaya itu diberi tanggungjawab menyiasat punca kematian Teoh, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Mengenai tiga pegawai penyiasat SPRM yang didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada, Najib berkata tindakan terhadap mereka perlu dibuat mengikut peraturan pentadbiran dan undang-undang sedia ada.

Perdana Menteri berkata siasatan perlu dijalankan sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan