Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Kekal Seperti Tahun Lepas

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengekalkan kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini sama seperti kadar tahun lepas iaitu RM8, RM7 dan RM5.

Yang diPertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata kadar fitrah itu diperkenan Pemangku Raja Terengganu Tengku Mohammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bayaran fitrah sama ada wang tunai atau dengan beras boleh dibuat mulai 1 Ramadan sehingga pagi hari raya Aidilfitri sama ada melalui amil-amil yang dilantik atau di kaunter-kaunter bayaran zakat Maidam.

Selain itu, fitrah juga boleh dibayar melalui SMS untuk pelanggan Celcom dan Maxis, katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mazlan berkata Maidam mensasarkan kutipan fitrah sekitar RM5.8 juta tahun ini, berbanding tahun lepas RM5.5 juta.

Katanya keseluruhan kutipan zakat di Terengganu tahun lepas adalah RM76.4 juta.

Mazlan berkata Maidam akan membelanjakan RM15 juta untuk bantuan zakat Aidilfitri kepada 32,000 orang fakir miskin di negeri ini tahun ini.

Sempena sambutan awal Ramadan ini, Maidam turut menerbitkan dua buah buku iaitu "Risalah Ramadan" dan "Azam dan Iqamah: Fadilat dan Pelbagai Hukum".

Orang ramai boleh mendapatkan buku berkenaan di pejabat Maidam, di sini.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan