Gagasan 1Malaysia Perlu Diperjelas Kepada Rakyat Peringkat Akar Umbi

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Gagasan 1Malaysia perlu diperjelaskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dengan pendekatan mudah bagi mengelakkan ia diputar belit, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana terdapat pihak yang cuba memanipulasikan gagasan itu dengan melihat daripada sudut kepentingan politik kepartian semata-mata.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata 1Malaysia hendaklah dijadikan pegangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, keturunan atau wilayah.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus dipuji atas inisiatif ini. 1Malaysia boleh diukur pencapaiannya cuma yang menentang adalah mereka yang dengki dengan sumbangan kita menjayakan gagasan 1Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Karnival 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Taun Gusi di sini Ahad.

IMalaysia, yang diilhamkan Najib, ialah satu gagasan bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan