Umno Kedah Rai Hari Jadi Ke-58 Najib Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno Negeri Kedah pada Sabtu mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbang itu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya.

Hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional Kedah dan Perlis serta pemimpin kerajaan negeri Perlis selain kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum.

Sebaik memasuki balai ketibaan VIP itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membacakan doa selamat tiba. Kemudian hadirin yang ada menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Najib sebelum Perdana Menteri memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim.

Perdana Menteri lahir pada 23 Julai 1953.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri dan isteri serta rombongannya bertolak ke Perlis untuk memulakan lawatan kerja.

Sementara itu, Najib memulakan lawatan kerjanya ke Perlis dengan melawat pasar sehari atau lebih dikenali di negeri ini sebagai nat, di Balai Baru, Beseri dekat sini pada kira-kira 10.50 pagi.

Perdana Menteri yang diiringi Md Isa meluangkan masa hampir setengah jam beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung di pasar sehari itu serta berhenti minum teh di warung Jamil Salleh, 62.

Selepas itu, Najib bertolak ke Istana Arau untuk menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Perdana Menteri yang baru pulang daripada melakukan lawatan kerja ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari sejak 11 Julai, telah turun padang sebaik tiba di ibu negara semalam.

Pada tengah hari ini, Perdana Menteri akan menyertai 10,000 rakyat negeri ini pada majlis kenduri rakyat di bawah Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 dekat sini sebelum mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri.

Kemudiannya beliau dijadual menyampaikan sumbangan kepada iman-iman masjid dan sekolah agama di negeri ini dan melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Aik di Arau. – BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan