Syarikat-Syarikat GLC, Swasta Digesa Sertai Program Pintar - Nor Mohamed Yakcop

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta digesa supaya memainkan peranan mereka dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, dengan menyertai program Pintar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata penglibatan syarikat-syarikat tersebut dapat membantu negara dalam membentuk satu modal insan yang cekap untuk menghadapi cabaran global.

Katanya sehingga kini sebanyak 34 buah syarikat GLC dan 10 syarikat swasta telah menyertai program ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab social korporat (CSR) mereka.

"Sejak dilancarkan pada 2007 sehingga sekarang, lebih kurang 222 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah berjaya dijadikan sebagai sekolah angkat kepada syarikat-syarikat berkenaan dan telah menikmati faedahnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sekolah Angkat Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn Bhd (JKSB) di sini Ahad.

Program Pintar merupakan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat GLC dan sektor swasta dalam memupuk kecemerlangan akademik di kalangan pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.

Nor Mohamed berkata beliau mengalu-alukan pembabitan lebih banyak syarikat untuk menjadikan sekolah, khususnya sekolah-sekolah di desa dan luar Bandar untuk menyertai program ini.

"Saya berharap program-program sebegini akan di contohi oleh syarikat-syarikat lain dalam usaha kerajaan ke arah pembangunan modal insan secara berterusan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKSB Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata beliau berharap agar program-program yang telah disusun akan memberikan banyak faedah kepada pelajar-pelajar yang terpilih khususnya dan seluruh warga pendidikan negeri amnya.

"Mudah-mudahan dengan adanya projek ini akan memupuk semangat pelajar-pelajar untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri," katanya.

Dalam majlis ini, JKSB telah menjadikan empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Widuri, Sungai Jawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Simpang Ampat dan Sekolah Kebangsaan Sri Relau, Bayan Lepas, sebagai sekolah angkat. – BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan