PSM Saran Klasifikasi Dokumen Rahsia Besar Diubah Selepas Tempoh Tertentu

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Lt.Jen.(B) Datuk Abdullah Samsudin hari ini menyarankan kerajaan menggubal undang-undang yang membolehkan klasifikasi rahsia besar negara diubah statusnya selepas tempoh tertentu kerana ia dianggap sebagai bahan sejarah.

Abdullah berkata undang-undang seperti itu telah diamalkan di beberapa negara maju.

"Macam negara lain seperti Amerika Syarikat dan England, mereka mempunyai undang-undang mengenai top secret, selepas 10 tahun ia diturunkan kepada secret, lagi lama diturunkan kepada confidential sampai kepada unclasiffied. Negara kita tidak ada undang-undang seperti itu.

"Undang-undang kita, semasa saya berkhidmat, berkenaan top secret saya seorang sahaja yang boleh menurunkan klasifikasinya, orang lain tidak boleh. Jadi kalau 100 tahun dulu ia top secret sampai sekarang masih top secret lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat tahunan majlis PSM ke-56 2010/2011 dan menyampaikan hadiah pertandingan menulis Sejarah Malaysia 2010 di Wisma Sejarah di sini Sabtu.

Abdullah berkata undang-undang negara ini memang tidak sewenang-wenangnya melepaskan sebarang fail sejarah yang mengandungi rahsia besar negara.

Beliau membuat cadangan itu selepas mendapati kesukaran untuk mencari dokumen sejarah berhubung operasi ketenteraan negara.

Katanya Kementerian Pertahanan dan Muzium Angkatan Tentera didapati tidak menyimpan fail berkenaan.

"Antara fail bersejarah yang dikehendaki ialah fail Operasi 13 Mei (1969) yang melibatkan operasi oleh tentera. Kita ada buat operasi besar hari itu (13 Mei) macam 'Ops Gerhana' tetapi rekod-rekod itu tidak ada, saya tidak dapat cari," katanya.

Beliau berkata fail sejarah itu berkemungkinan sudah disimpan di arkib atau pegawai bertugas tidak mengetahui di mana tersimpannya fail berkenaan kerana sering bertukar jabatan.

Bagaimanapun, katanya jika tempat simpanan fail bersejarah itu diketahui mungkin mereka yang memerlukan bahan rujukan berkenaan boleh mendapatkan kebenaran bagi memperolehinya. – BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan