Program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Akan Diperluas Di Kalangan Penagih Dadah – Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan akan diperluas kepada kalangan penagih dadah dengan penglibatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia bertujuan memberi peluang kedua kepada penagih untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan kembali kepada masyarakat.

Beliau bagaimanapun berkata kaedah pelaksanaan program itu berbeza dengan yang sedia ada melibatkan kerjasama Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menumpukan bantuan kepada banduan untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan lampau.

"AADK pula memiliki tanah terbiar dan boleh dibangunkan menerusi aktiviti pertanian yang diusahakan oleh penagih dadah terbabit dengan bantuan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10 di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum.

Hishammuddin berkata pihaknya peka dengan rintihan penagih dan keluarga mereka yang mengharapkan pembelaan daripada kerajaan dalam mengubah nasib mereka.

Sementara itu, beliau berkata program pemulihan itu mendapat suntikan baru apabila Orang Diselia (ODS) di dalam lima Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di seluruh negara yang layak akan diberi bantuan modal usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi memulakan perniagaan selepas dibebaskan nanti.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata usaha transformasi kerajaan termasuk pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah telah menunjukkan kejayaan apabila laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain.

Beliau berkata ia sekaligus menepis tohmahan pihak pembangkang yang mempersoalkan usaha kerajaan dalam melakukan transformasi.

"Kalau ada yang menidakkan apa yang telah diisytiharkan oleh pihak antarabangsa, ini adalah politik sempit dan terdesak," katanya. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan