PBB Sarawak Akan Pastikan Calon Boleh Menang Bertanding Pada PRU Ke-13

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Komponen utama Barisan Nasional (BN) di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memastikan hanya calon yang boleh menang bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah di sini.

Fatimah yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri berkata sebagai persiapan awal untuk menghadapi PRU Ke-13, PBB bukan sahaja akan mengenal pasti siapa calon, tapi juga calon yang boleh menang dan mendapat sokongan parti.

"Senarai calon kita tidak bincang secara terperinci, namun kita semua setuju dengan keputusan untuk memilih calon yang boleh menang sejajar dengan apa yang diinginkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai mesyuarat anggota majlis tertinggi PBB di ibu pejabat PBB di sini.

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri selaku Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Taib ketika ditemui bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang inti pati mesyuarat tersebut.

Fatimah berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan beberapa isu dan perkara semasa termasuk tentang pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang akan menjadi salah satu tunjang kepada usaha memantapkan ekonomi Sarawak pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom ketika diminta mengulas tentang hasrat Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mahu bertanding di Sarawak atas tiket bebas berkata PBB tidak ada hak untuk menyekat mana-mana parti politik untuk bertanding di negeri itu.

Beliau berkata PBB tidak menghadapi masalah dengan perkara tersebut kerana apa yang lebih utama adalah untuk memperkuatkan lagi PBB sebagai tunjang kekuatan BN di Sarawak.

Pagi ini, Presiden PPP Datuk M. Kayveas berkata parti itu bersedia meletakkan calon mereka atas tiket Bebas di Sarawak pada PRU Ke-13 akan datang.

Menurutnya walaupun tanpa restu daripada BN negeri, parti itu tetap akan membariskan calon-calon di kawasan Parlimen terutama yang dimenangi pembangkang.

"Ini adalah permintaan penduduk Sarawak sendiri, kami (PPP) tidak memaksa diri... tetapi itu yang rakyat mahukan, kita akan bekerjasama dengan BN negeri kerana kita sebahagian daripada parti komponen BN peringkat nasional," katanya. – BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan