Najib Lancar Program Transformasi Halal Di Kuantan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan merasmikan majlis penutupan Program Transformasi Halal (PTH) di Kem Batu 10 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gambang, Kuantan pada 31 Julai ini.

Program anjuran Halal Industry Development Corporation (HDC) turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri (MITI), ATM dan kerajaan negeri Pahang.

Antara objektif penganjuran PTH adalah mengubah persepsi orang ramai terhadap potensi perniagaan berteraskan halal serta keperluan untuk mengwujudkan pengeluar produk halal terutamanya dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini.

Beberapa program turut dirancang bagi memeriahkan majlis ini antaranya adalah Seminar Transformasi Keusahawanan Halal, pameran produk dan perkhidmatan serta peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri halal di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka hadir pada majlis tersebut.

Program ini akan diadakan selama dua hari bermula 30 Julai, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Orang ramai khususnya pesara ATM, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan mereka yang tinggal di kawasan berhampiran dijemput hadir pada program ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan