Jangan Burukkan Imej Kerajaan Dengan Timbulkan Isu Pembelian Kapal Selam – Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu. – BERNAMA

NBA AKT RS

HYIDDIN-SEKOLAH TIGA HOSPITAL DIPILIH LAKSANA PROJEK SEKOLAH DALAM HOSPITAL – MUHYIDDIN

Tiga Hospital Dipilih Laksana Projek Sekolah Dalam Hospital – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tiga hospital dipilih sebagai perintis projek 'Hati Nurani', iaitu sekolah dalam hospital, bagi memastikan kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital tidak ketinggalan dari segi pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hospital berkenaan ialah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Beliau berkata sekolah dalam hospital itu memulakan sesinya sejak awal minggu ini dengan dikelolakan kumpulan pertama guru dan pembantu pengurusan murid di hospital berkenaan.

Katanya, pada masa ini, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan dan prasarana bagi sekolah tersebut, manakala Kementerian Pelajaran menyediakan guru terlatih yang mengajar mengikut sukatan pelajaran sedia ada di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Muhyiddin berkata projek itu, yang merupakan cetusan idea isterinya Puan Seri Norainee Abdul Rahman, adalah bagi memastikan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan tidak ketinggalan dalam menikmati pendidikan berkualiti.

"Seorang kanak-kanak yang sakit di hospital tidak berbeza daripada anak-anak kita sendiri, dan mereka berhak diberikan peluang untuk memenuhi kehendak mereka seperti anak kita sendiri. "Oleh itu, apabila isteri saya memberikan idea untuk menubuhkan sekolah dalam bentuk ini, saya menyambutnya dengan baik dan mahu memastikannya menjadi realiti," katanya ketika melancarkan Projek Hati Nurani pada malam Apresiasi 20 Tahun Yayasan Nurul Yaqeen di sini malam ini.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen, berkata beliau tidak menyangka yayasan itu mampu bertahan lebih 20 dekad.

"Ini satu tempoh yang bukan singkat, khususnya dalam memperjuangkan serta membela martabat pendidikan dan falsafah pembangunan insan serta negara," katanya.

Beliau berkata antara objektif penubuhan yayasan itu ialah membantu golongan muda khususnya mengembangkan dan meningkatkan kualiti peribadi serta kerjaya mereka bagi memastikan generasi akan datang berkemahiran tinggi, cekap, mempunyai fokus dan berdedikasi.

Pada majlis itu, beberapa individu dan badan korporat menghulurkan sumbangan berjumlah RM2.8 juta kepada yayasan berkenaan. – BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan