Dapatkan Rawatan Awal Jika Alami Kemurungan Atau Tekanan Mental – Liow

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dapatkan rawatan awal dan hindari perasaan malu jika mengalami masalah kemurungan atau tekanan mental kerana masalah itu mudah diubati jika dikesan lebih awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong.

Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu kerana setiap tahun berlaku peningkatan bilangan pesakit yang mengalami masalah tersebut.

"Ramai yang malu untuk berjumpa doktor bagi mengesan mahupun mendapatkan rawatan awal. Mereka lebih rela untuk menyembunyikannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 10,000 Langkah Sehari bersama Mysihat dan Berita Harian di sini Sabtu.

Liow berkata ramai yang pernah mengalami masalah tersebut cuma yang membezakan adalah serius atau tidak dengan dengan itu tidak perlu merasa malu, takut mahupun bimbang untuk mendapatkan rawatan.

"Kalau dapat dikesan di peringkat awal adalah lebih mudah untuk diubati berbanding membiarkan masalah itu menjadi serius. Kebanyakan kes yang dapat dikesan awal ialah kemurungan yang dihidapi ibu yang baru melahirkan anak," katanya.

Liow berkata masalah mental dan kemurungan berlaku tanpa mengira latar belakang termasuk golongan profesional seperti guru, jurutera, akauntan, peguam dan juga wartawan.

Setakat ini terdapat 110 doktor pakar, 45 hospital kerajaan termasuk institusi kesihatan mental yang menyediakan perkhidmatan psikiatri sementara 800 klinik untuk rawatan susulan.

Tahun lepas sahaja sejumlah 22,000 pesakit telah dimasukkan ke wad untuk masalah berkaitan penyakit mental manakala 400,000 lagi sebagai pesakit luar. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan