Bela Rakyat Pelan Jangka Panjang BN - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan pertimbangan jangka masa panjang dalam setiap langkah yang diambil bagi memastikan kepentingan rakyat di negara ini terus terbela.

Perdana Menteri berkata, sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh menggunakan pendekatan untuk meraih populariti semata-mata bagi mendapatkan undi semasa pilihan raya.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh berdiri di atas platform mendapatkan populariti sahaja tetapi mengorbankan kepentingan jangka masa panjang rakyat dan negara.

"Kalau itu yang menjadi pegangan mana-mana pihak semata-mata nak meraih sokongan dan undi waktu pilihan raya, maka parti itu adalah parti yang hanya nak mencari populariti tapi akhirnya rakyat akan menderita," katanya semasa berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana di sini, Jumaat.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 tetamu yang hadir, Najib menegaskan tindakan pembangkang yang gemar menggunakan pendekatan mengejar populariti bagi mendampingi rakyat adalah bersifat kepentingan jangka masa pendek.

"Kita tidak janji apa yang kita tak boleh tunaikan, kita tidak berjanji dengan tidak berpijak di atas bumi yang nyata dan kita tak janji bahawa jika hari ini kita berkuasa esok harga minyak turun.

"Ini janji nak meraih populariti semata-mata tapi tak ada perancangan untuk menjaga kepentingan jangka masa panjang negara kita.

"Kita tak boleh bersifat sedemikian, kita mesti melihat bagaimana kita nak mengimbangi kepentingan meniti proses globalisasi dan dalam masa yang sama kita memberi pertimbangan dalam negera kita," katanya.

Selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan yang bijak tidak hanya berupaya menyelesaikan masalah semasa semata-mata sebaliknya dalam masa yang sama berupaya merangka perancangan demi masa depan negara.

"Saya mahu semua rakyat faham bahawa sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai ketua kerajaan di peringkat Persekutusan, saya perlu melihat dan memberi pertimbangan dari sudut dan perspektif bukan sahaja jangka pendek, tapi perspektif jangka panjang.

"Sebagai sebuah kerajaan kita mesti ada pertimbangan untuk menyelesaikan masalah semasa tetapi mesti juga ada perancangan untuk menentukan masa depan negara kita agar tidak terkorban dan terjejas," katanya.

Tambah beliau lagi, untuk memastikan pelan tranformasi kearah membangunkan negara berjalan lancar, tindakan dan langkah yang diambil untuk merealisasikannya tidak seharusnya terbatas kepada kepompong dalam negara sahaja.

Sebaliknya Najib berkata Malaysia juga perlu dilihat hebat di persada dunia apabila sebahagian daripada pasaran di peringkat antarabangsa berjaya dikuasai.

"Kita tak boleh menjaga dikeliling kita sahaja, dalam kepompong, penglihatan dan pertimbangan yang terbatas.

"Kita mesti menjadi sebuah negara yang berjaya dalam negara dan hebat di persada antarabangsa.

"Kita nak orang hormati kita kerana berjaya membangunkan dan melakukan tranformasi kepada negara malah sebahagian pasaran di peringkat antarabangsa dapat kita kuasai," katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahkan sumbangan RM165,000 di bawah program baik pulih rumah 1MDB kepada 33 keluarga serta sumbangan keperluan harian kepada 200 penerima terdiri ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin dalam kawasan Parlimen Subang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan