Anugerah Media Pertahanan 2011 Tawar Hadiah RM36,000

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kementerian Pertahanan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM36,000 sempena Anugerah Media Pertahanan (AMP) 2011 pada 18 November ini.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan berkata, AMP merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk menghargai golongan media yang selama ini memberi liputan dan sokongan terhadap kementerian.

"Sebanyak 10 kategori dipertandingkan bagi laporan berkaitan dengan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang disiarkan media cetak dan elektronik dari Januari sehingga Oktober ini," kata kenyataan itu, Jumaat.

Antara kategori AMP adalah Kewartawanan Laporan Akhbar Terbaik, Kewartawanan Majalah Terbaik, Kewartawanan Media Baharu Terbaik, Laporan Media Elektronik (TV) Terbaik, Laporan Media Elektronik (Radio) Terbaik dan Kewartawanan Foto Terbaik, masing-masing menerima hadiah utama RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan.

Selain itu terdapat kategori Media Terbaik yang dinilai melalui kekerapan keluaran artikel setiap akhbar.

Kategori dalam AMP juga termasuk penyertaan khusus kepada kakitangan MINDEF iaitu Kewartawanan MINDEF Terbaik, Kewartawanan Foto Terbaik, Berita/Laporan yang menerima hadiah utama RM2,000 serta trofi dan sijil penghargaan.

Tarikh tutup semua penyertaan adalah pada 18 Oktober ini.

AMP dijangka dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan