Rakyat Harus Saling Menghormati Agama Lain - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum ingin juga dihormati.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan hampir 3,000 orang hari ini yang menyambut kepulangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa KL setelah melakukan lawatan ke tiga buah negara.

"Kita mahu beritahu rakan-rakan kita, penganut Krisitan di Malaysia, kalau mereka menghormati kita, kita juga menghormati mereka. Inilah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional.

"Inilah mesej kita. Islam adalah agama yang adil pada semua. Islam itu cantik. Islam itu tinggi. Islam itu murni. Islam itu mulia. Ini adalah mesej yang kita perjuangkan.

Dalam lawatannya ke luar negara itu, Najib juga telah mengunjungi Pope Benedict XVI di kediaman musim panas pemimpin panganut Katolik itu di pinggir Rom.

"Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan boleh berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.

"Kita menerima mereka. Kita boleh berdialog dengan mereka kerana kita hendak menegakkan keamanan di dunia ini," katanya.

Ketika mengunjungi Pope itu, Najib turut membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama yang berpeluang mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See (Vatican), Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan