Pembangkang Putar Belit Harga Barang – Tan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan dakyah pakatan pembangkang yang memutar belitkan fakta mengenai harga barang keperluan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, pembangkang menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai strategi meraih undi pada pilihan raya ke-13.

Bercakap kepada pemberita selepas Program Penerangan Harga di sini malam tadi, beliau berkata rakyat perlu faham bahawa kenaikan harga barang adalah isu di peringkat global dan bukannya hanya berlaku di negara ini.

Tan berkata kerajaan memahami bebanan rakyat dan sebab itulah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti pemberian subsidi, mengenakan kawalan harga dan mengadakan kempen penurunan harga barangan di seluruh negara bagi meringankan bebanan mereka khususnya yang berpendapatan rendah. – BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan