Najib Korban Cuti Untuk Bertemu Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di tanah air Jumaat selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong," kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

"Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

"Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Perdana Menteri juga dijangka melakukan lawatan ke negeri Perlis esok.

"Ini adalah gambaran bahawa kita akan melakukan bersungguh-sungguh... yang terbaik. Percayalah bahawa imej Malaysia masih begitu tinggi di luar negara tetapi yang penting adalah untuk kita dahulukan rakyat.

"Kami mahu beritahu kepada rakyat Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya. Najib turut disambut dengan kain rentang yang ditandatangani kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia yang melahirkan tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kempen menurunkan tandatangan itu digerakkan oleh Kongres India Muslim Malaysia, salah satu daripada anggota gabungan Umno. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan