Laut China Selatan Dijangka Jadi Kawasan Konflik - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Laut China Selatan dijangka menjadi kawasan konflik berikutan wujudnya pertindihan kepentingan daripada China di perairan berkenaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, menerusi Persidangan Menteri-menteri Luar di Bali yang berakhir Rabu mendapati perairan Laut China Selatan akan berdepan dengan konflik.

"China merasakan kepentingan itu kerana terdapat 300 bilion tong minyak dijangkakan berada di Laut China Selatan termasuk 600 bilion kubikmeter gas.

"Ini (minyak dan gas) disifatkan sebagai deposit hidrokarbon yang menarik perhatian China," katanya kepada media pada Taklimat Operasi (OP) Pasir di sini Khamis.

Beliau kini berada di sini bersama Editor Kanan media ke Pangkalan Hadapan, OP Pasir Sabah.

Ahmad Zahid berkata, disebabkan itu China mungkin mempunyai masalah dengan Malaysia, Brunei, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Katanya, apabila Laut China Selatan menjadi kawasan konflik maka persepakatan menyeluruh dari negara-negara Asean amat diperlukan terutama yang terlibat dengan laut itu dari segi pemantauan tanpa menunjukkan konflik dengan China.

Menurut beliau, negara kuasa besar itu telah menambah aset-aset tenteranya di perairan berkenaan maka pihak Amerika Syarikat (AS) juga mahu menghantar aset-asetnya.

"Kita tidak mahu berlakunya pergeseran antara tentera laut AS dan tentera laut China serta tidak mahu Laut China Selatan menjadi kawasan konflik yang akhirnya akan memberi kesan kepada negara-negara yang menuntut.

"Oleh itu, kita menyarankan agar diadakan perbincangan bersama menerusi dialog dan pada masa sama tentera laut menggunakan aset-aset yang ada demi menjaga kawasan bersama," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan