Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Mukjizat Al-Quran - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam hari ini perlu mengambil iktibar daripada mukjizat al-Quran yang paling istimewa itu, untuk memperkukuhkan kesatuan ummah di bawah lembayung dan panduan kitab suci itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata keadaan itu telah terbukti apabila masyarakat Arab Jahiliah yang paling parah perpecahannya, pun dapat disatukan dengan keimanan kepada Allah setelah mereka menerima ajaran Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. "Cabaran terbesar umat Islam hari ini ialah bagaimana untuk mengembalikan semangat dan mukjizat Al-Quran sebagai kitab suci yang menyatukan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Al-Quran peringkat antarabangsa anjuran Darul Qur'an, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, Khamis.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha. Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang serius terhadap pendidikan Al-Quran di negara ini.

Beliau berkata ini termasuklah bidang tahfiz Al-Quran yang melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja menghafal Al-Quran tetapi mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci itu seperti ilmu tafsir, ulum Al-Quran dan ilmu Al-Qiraat.

"Alhamdulillah, bidang pengajian tahfiz semakin mendapat sambutan di negara kita. Semakin banyak institusi pengajian tahfiz diwujudkan untuk memenuhi permintaan daripada masyarakat Islam yang berminat untuk mendalami ilmu Al-Quran.

"Ini boleh dilihat daripada peningkatan jumlah pelajar Darul Qur'an Jakim. Daripada hanya lapan pelajar ketika mula ditubuhkan pada 1996, jumlah pelajar Darul Qur'an telah meningkat kepada 800 orang pada tahun ini," katanya.

Malah, beliau berkata setiap tahun jumlah permohonan untuk melanjutkan pengajian di Darul Qur'an semakin bertambah, misalnya pada tahun ini, terdapat 1,600 calon memohon mengikuti pengajian peringkat diploma dan 1,300 calon untuk pengajian peringkat sijil.

Berdasarkan perkembangan yang amat positif itu, Muhyiddin berkata sudah tiba masanya untuk Darul Qur'an dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti yang dapat menampung lebih ramai pelajar di samping menawarkan lebih banyak bidang pengajian berteraskan ilmu Al-Quran.

Katanya dengan kenaikan taraf itu, Darul Qur'an akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk memperluaskan pengajian ilmu Al-Quran di Malaysia.

"Saya berharap agar Jakim dapat meneruskan inisiatif untuk menjadikan Darul Qur'an sebagai sebuah Kolej Universiti dalam masa terdekat. Dengan pencapaian cemerlang Darul Qur'an selama ini, saya percaya Darul Qur'an akan muncul sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi berteraskan pengajian Al-Quran yang terkemuka di negara kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan