Tiada Kuliah Malam, UUM Jimat Hampir RM500,000

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan baru itu membolehkan warga kerja dan penuntut universiti itu berehat secukupnya pada waktu malam di samping memberi mereka lebih masa berkualiti bersama keluarga.

"Langkah itu bukan saja menjimatkan wang ringgit, malah pada waktu malam pelajar boleh menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang bermanfaat untuk pembinaan sahsiah.

"Ia juga mengurangkan perbelanjaan untuk kerja lebih masa dan bayaran sewa bas untuk membawa pelajar dalam kawasan kampus turut berkurangan,” kata beliau pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan UUM di sini hari ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan