Seramai 8,303 PATI Sudah Daftar Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.

Proses pendaftaran akan berakhir 1 Ogos.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di seluruh negeri, jumlah PATI paling ramai mendaftar ialah di Lahad Datu seramai 2,440 orang, diikuti di Sandakan (1,619), Tawau (1,412) dan Kota Kinabalu (1,222).

"Ramai PATI yang mendaftar adalah dari sektor perladangan hasil kerjasama yang diberikan oleh majikan di sektor itu yang membawa pekerja mereka dalam kategori PATI mendaftar di bawah program 5P," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pendaftaran 5P di Dewan Sibuga Batu 5 di sini Khamis.

Mohammad berkata pada hari ketiga semalam, seramai 3,051 orang PATI mendaftar yang membabitkan 2,478 warga Indonesia, Filipina (557) Pakistan (10), India (lima) dan lain-lain (satu). Beliau berkata PATI yang sudah mendaftar dalam program 5P dikecualikan dari tempoh bertenang iaitu apabila mereka sudah balik ke negara asal, mereka boleh balik semula ke Malaysia pada bila-bila masa dengan menggunakan dokumen dan pintu masuk yang sah.

Tempoh bertenang ialah PATI perlu berada di negara asal selama tiga bulan sebelum boleh kembali semula ke Malaysia.

Mohammad menafikan khabar angin bahawa Jabatan Imigresen akan mengadakan operasi penguatkuasaan terhadap PATI selepas program 5P berakhir.

Sebaliknya, katanya selepas tarikh itu, pihaknya akan memberikan tempoh pengampunan selama dua bulan kepada PATI yang mendaftar di program tersebut untuk mereka menguruskan dokumen perjalanan dan perjalanan balik ke negara asal mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan