Rakyat Alih Sokongan Jika Kerajaan Gagal Sempurnakan Tanggungjawab - Titah Sultan Azlan

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah kerajaan yang peka dan berjaya memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terus dihormati dan mendapat kepercayaan, disebaliknya rakyat secara natural mengalihkan sokongan jika tanggungjawab itu gagal disempurnakan.

Baginda bertitah kerajaan yang dipilih dan diberikan amanah oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara hendaklah sentiasa berjiwa rakyat dengan memberi perhatian kepada keperluan rakyat.

"Menyediakan peruntukan kewangan, prasarana fizikal dan kakitangan adalah komponen perkakasan dalam hasrat kerajaan memenuhi tanggungjawab sosial di bidang kesihatan. "Faktor perisian daripada segi kualiti perkhidmatan, layanan mesra lagi berbudi bahasa kepada pesakit adalah lebih penting diberikan perhatian agar kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang disediakan benar-benar dihargai dan mendapat apresiasi pelanggan," titah baginda ketika merasmikan Klinik Kesihatan di Buntong di sini, Khamis.

Baginda bertitah dalam aspek perkhidmatan kesihatan, jika bilangan kakitangan tidak dirancang selaras dengan penambahan bilangan pesakit, dikhuatiri kualiti perkhidmatan akan turun dan akibatnya akan tercetus rasa tidak puas hati rakyat, lantas memberi tempias negatif kepada kerajaan. Sultan Azlan bertitah satu elemen penting yang berlaku secara natural tetapi dilepas pandang dalam perkhidmatan kesihatan adalah elemen kemanusiaan yang merentasi batas sosial, kaum dan agama.

"Ramai yang mungkin tidak menyedari betapa elemen perpaduan berkembang secara natural dalam perkhidmatan kesihatan.

"Doktor, jururawat dan paramedik tidak memperlihatkan diskriminasi layanan disebabkan seseorang pesakit itu datang daripada kelas sosial, kumpulan etnik atau pegangan agama yang berbeza," titah baginda.

Baginda bertitah sifar diskriminasi ini adalah satu kekuatan yang terkandung dalan perkhidmatan kesihatan di negara ini dan ia perlu dihargai, dipupuk dan diterokai selanjutnya.

Kekuatan yang menjadi identiti dalam perkhidmatan kesihatan itu perlu djadikan contoh dalam hasrat membina semangat perpaduan negara selaras dengan hasrat membina sebuah negara yang bersatu padu, titah baginda.

Klinik Kesihatan Buntong yang dibina pada Disember 2007 dengan kos RM27.6 juta merupakan jenis 3XP yang pertama di negara ini daripada segi reka bentuk dan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan adalah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Jabatan Pesakit Luar, perkhidmatan kesihatan sekolah, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan makmal, pengimejan diagnostik dan pergigian.

Sejak ia mula beroperasi pada 20 Julai 2009, purata kehadiran pesakit telah bertambah daripada 60 orang kepada 250 orang sehari. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan