Pemuda PAS Tetap Bantah Konsert MTV World Stage Live

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS tetap membantah penganjuran konsert MTV World Stage Live di I-City Shah Alam, Ahad ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa penganjuran konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor walaupun kerajaan negeri berjanji akan memastikan ia diadakan dalam suasana terkawal.

Justeru, beliau berkata Pemuda PAS akan turun padang dan mengedarkan risalah kepada masyarakat Islam yang hadir pada konsert berkenaan supaya menjauhkan diri daripada maksiat dan kemungkaran.

“Insya-Allah, ahli Dewan Pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah.

“Kita melihat penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam kerana ia berlangsung ketika umat Islam hendak menyambut Ramadan,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Menurutnya, Pemuda PAS telah dua kali menghantar memorandum bantahan namun tidak mendapat respons yang diharapkan daripada kerajaan negeri Selangor.

Pada Rabu, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk membenarkan penganjuran konsert MTV World Stage Live, di I-City Shah Alam walaupun ia mendapat bantahan daripada rakan sekutunya, PAS.

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang ketat dengan tidak membenarkan sebarang penjualan dan penggunaan alkohol serta rokok sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata konsert tersebut tidak sewajarnya dibenarkan berlangsung secara terbuka kerana ia bakal menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

“Konsert seperti ini wajar dibuat secara tertutup dan masyarakat Islam terutamanya golongan muda tidak dibenarkan hanyut serta leka dalam penganjuran majlis sedemikian.

“Pemuda PAS tidak membantah masyarakat untuk berhibur namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia itu sendiri,” ujarnya.

Bulan lepas, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mewakili persatuan penduduk Seksyen 7 Shah Alam telah menghantar memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert tersebut kepada Abdul Khalid.

Dalam memorandum tersebut, Khalid menggesa kerajaan negeri membatalkan permit penganjuran konsert tersebut.

Beliau mendakwa penganjuran konsert tersebut di I-City tidak sesuai kerana infrastruktur di tempat tersebut bukan direka khas untuk mengadakan konsert.

Kenyataan Khalid itu turut disokong oleh Nasrudin yang mendakwa pengajuran konsert tersebut memberi kesan negatif kepada penyerapan budaya kuning daripada luar dan ia tidak sesuai bagi golongan belia kerana Shah alam merupakan tempat tinggal kepada ramai pelajar universiti.

Tahun lalu, Nasruddin turut mengemukakan bantahan terhadap penganjuran konsert Glamnation Tour Live in Malaysia Adam Lambert yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil kerana mendakwa penganjuran konsert sedemikian akan menggalakkan penyebaran budaya homoseksual kerana Adam didakwa seorang gay.

Konsert MTV World Stage Live yang akan berlangsung di I-City Shah Alam, Ahad ini membabitkan artis-artis antarabangsa. Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan