Muhyiddin Lancar Dana Pinjaman Untuk Penduduk Kampung Baru

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis melancarkan program Dana Pinjaman untuk penduduk kampung baru bernilai RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penduduk kampung-kampung baru di seluruh negara.

Objektif program berkenaan adalah untuk membantu penduduk kampung baru memiliki hartanah dan seterusnya meningkatkan taraf sosial mereka menerusi aktiviti perniagaan, serta menaik taraf rumah penduduk.

Ketika berucap melancarkan dana berkenaan, Muhyiddin berkata pelancaran dana itu bukanlah bertujuan untuk memancing undi kaum Cina menjelang pilihan raya umum akan datang, sebaliknya adalah usaha berterusan kerajaan membantu semua kaum di negara ini.

"Kita harap jangan ada pihak putar belit yang pelancaran dana ini hanya nak dapatkan sokongan orang Cina," katanya ketika berucap di hadapan lebih 2,000 penduduk kampung baru dari sekitar Mentakab, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung.

Dana berjumlah RM100 juta adalah bagi Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu dari tahun 2011 hingga 2015 yang bakal memberi manfaat kepada 607 kampung baru di seluruh negara.

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi tahun 2011, RM35 juta bagi tahun 2012, dan RM50 juta bagi tahun 2013 hingga 2015.

Sementara itu, Chor berkata program dana itu meliputi tiga komponen iaitu Skim A: Pinjaman bagi membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah kediaman, Skim B: Pinjaman perniagaan mikro dan Skim C: pinjaman menaik taraf rumah.

"Melalui dana ini, kerajaan berharap beban penduduk untuk membayar premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah dan menaik taraf rumah yang uzur dapat diatasi.

"Selain itu dana pinjaman bagi perniagaan kecil dapat meningkatkan kegiatan ekonomi setempat khususnya bagi penduduk golongan muda di kampung baru," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan