Hubungan Malaysia-Vatican Rangsang Dialog Antara Agama - Tsu Koon

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Holy See di Vatican merupakan perangsang positif bagi inisiatif Pergerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam satu kenyataan, Dr Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Malaysia dan Vatican kini boleh bekerjasama menggalakkan nilai-nilai kesederhanaan dan inklusif menerusi dialog antara agama yang lebih bermakna dan bertukar-tukar pandangan selaras dengan semangat 1Malaysia dan 1Dunia.

Beliau berkata sebagai seorang daripada anggota delegasi Malaysia ke Vatican dan sebagai seorang penganut Buddha, ia merupakan pengalaman berharga bagi dirinya dapat bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo.

Dr Koh turut melawat Majlis Pontifical bagi Dialog Antara Agama dan Institut Pontifical bagi Pengajian Bahasa Arab dan Islam di bawah pentadbiran Holy See untuk mengkaji kemungkinan bagi kedua-dua institusi itu menjalin hubungan dengan institusi di Malaysia bagi menggalakkan persefahaman antara agama.

Katanya Najib telah mengilhamkan idea untuk melawat Vatican dua tahun lepas, tetapi ia hanya direalisasikan pada Mei tahun ini selepas perbincangan dengan Papal Nuncio (Duta) Holy See ke Singapore, Leopoldo Girelli dan Ketua Biskop Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam.

Dr Koh juga berkata ia merupakan penghormatan luar biasa yang diberikan oleh Pope atas kesudiannya bertemu dengan perdana menteri di kediaman musim panasnya di Castel Gandolfo kerana beliau biasanya tidak menerima tetamu di situ.

Katanya jalinan hubungan diplomatik itu dicadangkan oleh Holy See semasa lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2002.

Kabinet pada tahun ini sebulat suara bersetuju bahawa masanya adalah sesuai untuk Malaysia menjalin hubungan rasmi itu, selaras dengan inisiatif Pergerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan Najib. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan