Tindakan Tegas Terhadap IPTS Keluar Iklan Palsu

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didapati mengeluarkan apa jua bentuk iklan yang mempunyai unsur penipuan, palsu atau mengelirukan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata dalam iklan, pihak IPTS selalunya menonjolkan pengiktirafan, penajaan atau bantuan kewangan, malah ada segelintir IPTS yang membuat kenyataan yang mengelirukan termasuk pemberian komputer riba, kemudahan asrama yang lengkap serta pemberian 100 peratus bantuan pinjaman kewangan yang kemudiannya didapati tidak dilaksanakan setelah pelajar mendaftar.

"Di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555), Ketua Pendaftar mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis terhadap mana-mana IPTS yang mengeluarkan iklan yang mengandungi unsur penipuan, palsu dan mengelirukan.

"Sekiranya IPTS ingkar terhadap arahan itu, IPTS terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Hou berkata sepanjang tahun lalu kementerian telah mengeluarkan sebanyak 61 Notis Arahan Pengiklanan kepada IPTS atas kesalahan-kesalahan seperti nama IPTS, nama kursus pengajian, maklumat mengenai IPTS dan juga pernyataan mengenai IPTS yang mengelirukan.

Beliau berkata untuk tahun ini sehingga kini, kompaun bernilai RM900,000 telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan termasuk sebuah IPTS yang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan membuat pernyataan yang mengelirukan baru-baru ini.

"Kementerian juga telah mengeluarkan arahan meminta semua IPTS mengemaskini semua bentuk iklan sehingga 30 April lalu, dan kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan tindakan perundangan diambil malah nama IPTS terbabit juga akan dipaparkan di laman web kementerian sekiranya disabit kesalahan," katanya.

Hou berkata kementerian juga akan mengeluarkan iklan mengenai pemilihan IPTS untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebelum memilih mana-mana IPTS untuk melanjutkan pelajaran, termasuk menyemak sama ada IPTS tersebut berdaftar dengan kementerian, menyemak maklumat mengenai akreditasi program pengajian dan kemudahan dan infrastuktur IPTS.

Beliau berkata pelajar juga perlu melawat dan menilai sendiri IPTS sebelum menerima tawaran atau berdaftar dengan IPTS tersebut, dan mereka juga perlu memberi tumpuan terhadap terma dan syarat yang ditetapkan IPTS.

Untuk fasa pertama, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk mengeluarkan iklan dalam akhbar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mulai Sabtu ini sehingga September nanti, dan fasa kedua dijangka dimulakan Januari tahun depan dengan melibatkan lebih banyak media, katanya.

Sehingga kini terdapat 489 IPTS di seluruh negara, dengan 25 daripadanya bertaraf universiti, 22 bertaraf kolej universiti, lima kampus cawangan universiti luar negara, 404 kolej yang aktif dan 33 yang tidak aktif. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan