Suhakam Kumpul Maklumat Selesai Isu Tanah Adat

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sedang mengumpul maklumat daripada masyarakat Orang Asli seluruh negara bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah adat dan hak-hak lain membabitkan kaum berkenaan.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata setiap maklumat dan aduan yang dikemukakan Orang Asli adalah rahsia dan laporan mengenainya akan dibentangkan di Parlimen.

"Kami jangkakan perkara ini dapat disiapkan Julai tahun depan, tetapi kini masih lagi memerlukan banyak maklumat daripada masyarakat Orang Asli sama ada berhubung isu tanah adat, kehidupan, pelajaran dan sosial mereka.

"Kita mengambil kira semua aspek berhubung isu terbabit kerana kita tidak mahu ada kepincangan selepas ini yang menyukarkan penyelesaian seterusnya," katanya kepada media selepas Majlis Inkuiri Nasional Hal Tanah Adat Orang Asli di Kampung Kuala Betis di sini, Selasa.

Dalam Inkuiri Nasional itu, masyarakat Orang Asli dipanggil untuk memberi maklumat secara rahsia. Turut hadir wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) Kelantan, Jabatan Hutan Kelantan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Hasmy berkata isu tanah adat perlu diselesaikan secara baik dan teratur demi masa depan kaum itu.

Beliau berkata Inkuiri Nasional yang diadakan di Johor, Perak dan Kelantan mendapat sambutan baik daripada masyarakat Orang Asli.

Minggu depan, inkuiri itu akan diadakan di Pahang.

Hasmy berkata SUHAKAM, yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu berkenaan, mendapat kerjasama daripada pelbagai jabatan kerajaan termasuk kementerian terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan