Selangorku Slogan Baru Negeri

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperkenalkan slogan baru, Selangorku di Stadium Malawati, di sini Ahad ini.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Beliau berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat, ‘China State Construction’ bagi membaik pulih Sungai Klang dalam usaha menjadikannya sebagai kawasan hijau dan tempat membeli belah di sekitar bandar raya Shah Alam.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata syarikat tersebut, mempunyai keupayaan teknikal dan berpengalaman luas serta layak untuk membangunkan Sungai Klang.

Melalui pertemuan dua hari dengan syarikat itu di Shanghai baru-baru ini, Hassan berkata beberapa perwakilan daripada China akan tiba di negeri ini untuk membuat tinjauan awal.

“Pandangan awal mereka berminat untuk bangunkan Sungai Klang. Syarikat ini merupakan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di China. Mereka ada keupayaan teknikal dalam bersama-sama membangunkan Sungai Klang.

“Mereka juga mempunyai pengalaman membina lapangan terbang, kompleks sukan di peringkat Olimpik dan Piala Dunia,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan melantik beberapa orang wakil kerajaan negeri untuk turut serta dalam memberi input mengenai kajian awal tersebut.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri agar projek Sungai Klang ini memberi nilai tambah kepada sektor pembangunan di Selangor.

“Kami lihat sendiri pembangunan Sungai Zhu Chuan River di China dalam 20 tahun. Mereka guna air sungai sebaik-baiknya dan ia dijadikan alat transformasi penting sejak 3,000 tahun lalu. Kami harap perkara itu boleh berlaku di Sungai Klang.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini, kami bincang kaedah untuk membaikpulih sungai supaya menjadi kawasan hijau, dan tempat membeli belah terutama di Bandaraya Shah Alam,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan