Premis Hiburan Haram Bertambah Di Selangor Sejak Pengeluaran Lesen Baru Dibekukan

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengakui wujud banyak premis hiburan yang beroperasi secara haram ekoran tindakan kerajaan negeri yang masih membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, bagaimanapun berkata, beliau sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan operasi bagi membanteras perkara itu sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan.

"Pengeluaran lesen pusat hiburan dibekukan sejak 2006 oleh kerajaan negeri terdahulu dan polisi ini diteruskan oleh kerajaan negeri sekarang.

"Jadi pusat hiburan yang ada sekarang beroperasi dengan lesen yang diperoleh dari kerajaan negeri terdahulu dan saya tidak tahu menahu dengan dakwaan yang mengatakan pusat hiburan di Selangor ini banyak," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Mengulas lanjut, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada Ketua Polis Selangor (Datuk Tun Hisan Tun Hamzah), bilangan pusat hiburan di negeri itu adalah terkawal dan tidak membimbangkan.

"Saya mencabar pihak yang membuat dakwaan ini untuk memberikan saya data yang jelas mengenai isu ini dan jangan hanya tahu membuat dakwaan semata-mata," katanya.

Jelasnya, PBT tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram itu.

"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram ditangan pihak polis manakala PBT hanya boleh sita pusat hiburan ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya berhubung operasi puasat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan, beliau berkata, ia akan beroperasi seperti biasa iaitu sehingga jam 1 pagi.

"Seperti biasa kita tidak benarkan pengunjung beragama Islam masuk dan semua orang tahu perkara ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan