Lebih Separuh Tangkapan Rasuah Di PP Libatkan Golongan Muda

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jumlah golongan muda yang terbabit dalam amalan rasuah semakin membimbangkan berikutan 61 peratus kes tangkapan di Pulau Pinang pada enam bulan pertama tahun ini melibatkan golongan itu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim berkata peratusan tangkapan yang melibatkan golongan itu sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 71 peratus.

"Sebanyak 27 daripada 44 tangkapan di negeri ini antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan golongan muda iaitu mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas Forum Perdana Ehwal Islam, di sini, pada Rabu.

Forum anjuran SPRM Pulau Pinang itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

Latifah berkata bagi tahun 2007, tangkapan yang dibuat oleh SPRM Pulau Pinang yang melibatkan golongan muda adalah sebanyak 62 peratus, 2008 (74 peratus) dan 54 partus pada 2009.

"Tangkapan di peringkat nasional ke arah itu juga. Daripada 501 tangkapan antara Januari hingga Jun tahun ini, 277 tangkapan melibatkan golongan muda," katanya.

Beliau berkata golongan muda terutamanya pelajar terbabit dengan rasuah berikutan mahu mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Latifah berkata golongan pelajar bertindak sebagai pemberi rasuah apabila ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar atau tidak ada cukai jalan.

Selain itu, katanya, keinginan untuk hidup mewah juga menjadi punca golongan muda terbabit dengan amalan rasuah.

"Mereka ingin hidup mewah tetapi pendapatan tidak cukup...ini mendorong mereka terbabit dengan rasuah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan