Kerajaan Diminta Sedia Maklumat Kepada Pelajar Luar Negara

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Kerajaan diminta menyediakan pelbagai medium saluran maklumat kepada pelajar Malaysia di luar negara bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat terkini mengenai isu-isu yang berlaku di dalam negara.

Salah seorang pelajar Malaysia di Korea, Amirul Fazreen Mazli, 22, yang ditemui di sini berkata, dengan cara itu ia dapat mengelak pelajar daripada mendapat maklumat yang salah tentang sesuatu isu.

"Ketika ini ramai yang bergantung kepada maklumat dalam laman-laman sosial ataupun blog pihak-pihak tertentu, menyebabkan mereka terpengaruh walaupun maklumat itu mungkin tidak benar," kata pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Universiti Korea itu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Santapan Malam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah Bersama Masyarakat Malaysia di sini Selasa malam, yang dihadiri lebih 100 orang.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Ramlan Ibrahim.

Katanya antara langkah yang boleh diambil termasuk mengadakan pertemuan yang lebih kerap antara pemimpin kerajaan dengan golongan pelajar di luar negara untuk mewujudkan satu hubungan yang akrab, selain pihak kedutaan memainkan peranan menyalurkan maklumat semasa tentang sesuatu isu.

Perkara yang sama turut diakui oleh Wan Mohd Hanif Wan Ismail, 22, yang juga pelajar jurusan sama di universiti berkenaan, yang merasakan pelajar lebih banyak terdedah dengan penyaluran maklumat tidak benar melalui laman web.

"Jadi dengan adanya penyaluran maklumat daripada pihak kerajaan kita akan dapat mengetahui cerita sebenar tentang sesuatu kejadian atau isu yang berlaku dalam negara," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan pihak yang melakukan perhimpunan haram di beberapa tempat di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas sebagai mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

"Hasrat mahu melihat pilihan raya yang telus memang baik, tetapi melakukan demonstrasi jalanan seperti itu bukanlah satu cara terbaik dan ia tidak betul. Kenapa tidak gunakan cara yang lebih diplomatik jika benar perhimpunan itu hanya hendak serahkan memorandum," katanya.

Sementara itu Ramlan berkata walaupun ada cubaan pihak tertentu yang tidak bertanggunggjawab untuk mengadakan perhimpunan yang sama di sini pada 9 Julai lepas, namun ia tidak mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan