JAIS Tiada Kuasa Arah Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen.

Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap mana-mana umat Islam yang didapati melakukan kesalahan, katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, Selasa.

Menurutnya JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya lebih peka terhadap logo halal yang digunakan oleh pengusaha makanan di premis masing-masing.

"Logo halal yang sah adalah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sahaja. JAKIM dan MAIS tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk memberi sijil pengesahan halal," katanya.

Marzuki berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha kedai makanan yang sengaja menjual makanan dan minuman kepada umat Islam yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan ini.

"JAIS meminta peniaga makanan supaya memulakan operasi jualan mereka mulai 3 petang ke atas bagi mengelakkan perkara itu," kata beliau.

Beliau berkata peniaga yang menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, katanya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Pada majlis itu, Marzuki melancarkan pakaian seragam dan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan JAIS dalam usaha memberi identiti baru kepada anggota penguatkuasa agar lebih dikenali masyarakat.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan