Yang di-Pertuan Agong Berangkat Untuk Melakukan Lawatan Rasmi Ke Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Korea Selatan.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 10.15 pagi dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Seoul pada 5.45 petang waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia).

Keberangkatan baginda turut diiringi dua anakanda baginda iaitu Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad selaku Menteri Pengiring.

Yang turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam.

Ini merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Korea Selatan bagi membalas lawatan Presiden Lee Myung-bak pada Disember tahun lepas.

Semasa lawatan tersebut, baginda berdua turut dijadual menerima menghadap Presiden Persekutuan Muslim Korea, Abdul Rahim Shin Man Jong, Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Muslim Korea, Ahmad Cho Min Haeng serta Imam Besar Masjid Pusat Seoul, Abdurrahman (Lee Ju Hwa).

Baginda berdua juga dijadual berangkat menghadiri majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat dan penuntut Malaysia di Seoul.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan turut membuat kunjungan hormat terhadap Presiden Lee Myung-bak di Istana Presiden "Cheong Wa Dae" (Rumah Biru) serta melawat Bandaraya Samsung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan