Umat Islam Boleh Terima Unsur Baik Dalam Agama Lain - Tun Abdullah

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini boleh menerima unsur kebaikan yang terdapat dalam agama lain tetapi tidak boleh mengakui semua agama adalah sama baik dan benar seperti agama Islam, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), agama Islam berbeza dari agama lain yang terdapat di dunia kerana ia melibatkan wahyu yang lengkap dan sempurna serta ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

Teks ucapan Abdullah dibacakan oleh Ketua Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hasan ketika merasmikan Seminar Al-Qur'an dan Cabaran Pluralisme (Kepelbagaian) Agama dengan tema "Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan".

Bagaimanapun, dalam soal pentadbiran negara, kebajikan rakyat yang menganut agama lain tidak boleh diabaikan sebaliknya mereka perlu diberi ruang mengamalkan agama mereka dengan aman dan tenteram, kata Abdullah.

"Selain daripada sifat muhibbah yang dipupuk agama Islam, juga menjadi kewajipan dalam agama kita ini sifat dan amalan berpegang teguh pada janji yang baik yang telah dimeterai termasuk dengan penganut agama lain," katanya.

Menurut Abdullah, semua isu melibatkan agama di Malaysia perlu diselesaikan dengan adil dan dalam semangat saling menghormati terhadap lunas agama yang umum sifatnya.

IKIM dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan seminar berkenaan sehingga esok untuk membincang isu kepelbagaian agama serta mengambil pendekatan Al-Qur'an untuk menyelesaikan isu kepelbagaian kaum di negara ini.

Sebanyak 11 kertas kerja akan dibentangkan dan dibahas oleh para penyelidik IKIM dan juga penyelidik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Pada majlis itu juga IKIM turut melancarkan tiga buah buku bertajuk Kreativiti dan Imaginasi Dalam Psikologi Islami, Pemahaman dan Penghayatan Nilai Menjana Kepada Prestasi serta Islam Kreativiti dan Inovasi untuk digunakan orang ramai sebagai rujukan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan