SPNB Gagal Patuhi Syarat Sehingga CFO Tidak Dapat Dikeluarkan - Berita Semasa | mStar

SPNB Gagal Patuhi Syarat Sehingga CFO Tidak Dapat Dikeluarkan

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pada Selasa menafikan dakwaan kononnya sengaja melewatkan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) untuk projek perumahan kos sederhana rendah di Jelutong di sini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow, berkata sijil CFO untuk projek rumah pangsa Mutiara Vista itu tidak dapat dikeluarkan kerana pemaju, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), gagal mematuhi beberapa syarat wajib.

Beliau berkata, antara kegagalan SPNB ialah tidak menyerahkan pemilikan tanah tapak penjaja kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta masih belum meletakkan nama jalan di kawasan itu.

"Bagaimanapun, SPNB telah membuat permohonan baru pada 14 Julai lepas dan ia kini sedang diproses oleh MPPP," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sebagai berkata hampir 1,000 unit rumah di empat buah negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang tidak dapat diserah kepada pembeli kerana kesukaran memperoleh sijil CFO.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan