Sekolah Agama Perlu Pendekatan Baru Bentuk Sifat Islamiah Di Kalangan Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan diminta mencari pendekatan baru bagi membentuk sifat Islamiah dalam diri pelajar yang berpegang kepada akidah Islam sebenar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau bimbang dengan kes jenayah yang turut berlaku di sekolah agama ketika ini yang boleh menjejaskan reputasi institusi pendidikan sebegitu.

"Kes pukul, judi dan jenayah lain yang berlaku di sekolah agama tidak sepatutnya berlaku memandangkan pelajar diberi pendidikan agama yang secukupnya dan kita perlu berhati-hati dengan cara pendidikan agama yang disampaikan dan perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di sini malam Isnin.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pelajaran 2011 peringkat kebangsaan.

Mohd Puad berkata ramai juga pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti di Timur Tengah seperti Al-Azhar tetapi apabila mereka pulang ke tanah air pemikiran Islam mereka tidak wujud ekoran mereka tidak menghayati ilmu Islam yang telah dipelajari.

"Lebih membimbangkan cabaran yang lebih getir kepada generasi muda Islam kini ialah mereka mudah dipengaruhi oleh pemikiran negatif dari teknologi maklumat dan media baru yang boleh menjatuhkan akidah umat Islam itu sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan