Majikan, PATI Diminta Tidak Tunggu Saat Akhir

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Imigresen Sabah meminta majikan supaya tidak menunggu saat-saat akhir untuk mendaftar pekerja pendatang tanpa izin (PATI) mereka bagi mengelak sebarang masalah termasuk kesesakan di kaunter.

Pengarahnya Mohammad Mentek berkata majikan dan PATI perlu mengambil kesempatan sepanjang tempoh dua minggu proses pendaftaran di sembilan buah pusat pendaftaran kerana dalam tempoh berkenaan mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

"Sekali lagi saya nak tekankan di sini supaya yang termasuk dalam kategori mesti mendaftar sahaja yang datang mendaftar. Pemegang dokumen IMM13 dan Kad Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak perlu datang mendaftar.

"Mereka yang memegang Sijil Penempatan Sementara daripada Jabatan Ketua Menteri atau di sini dipanggil 'kad burung-burung' dan kad pengenalan hijau, kecuali yang sudah tamat tempoh, juga tidak perlu datang mendaftar," katanya.

Mohammad berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan proses pendaftaran PATI di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini. Tempoh pendaftaran berkenaan akan berakhir pada 1 Ogos. Menurut Mohammad, kategori rakyat asing yang diwajibkan mendaftar dalam tempoh berkenaan ialah mereka yang masuk ke negara ini secara haram, masuk ke negara ini secara sah tetapi tinggal lebih masa dan mereka yang menyalahgunakan dokumen.

"Saya menggesa pekerja PATI supaya merebut peluang yang disedikan kerajaan Malaysia dengan mendaftar supaya mereka boleh kembali secara teratur ke negara masing-masing," katanya.

Katanya selepas tempoh berkenaan, semua PATI yang berdaftar diberi tempoh dua bulan iaitu tempoh pengampunan untuk mereka berurusan dengan kedutaan masing-masing untuk mereka kembali ke negara asal tanpa diambil tindakan.

Katanya pihak kedutaan Indonesia telah bersetuju untuk menempatkan wakil-wakil mereka di semua pusat pendaftaran PATI dan kedutaanl Filipina pula telah bersetuju untuk menghantar wakil-wakil mereka ke Sabah pada minggu hadapan.

Mengenai proses pendaftaran PATI yang masuk hari kedua hari ini, Mohammad berkata semuanya berjalan dengan baik kecuali sedikit masalah teknikal yang berlaku di Tawau semalam.

Katanya jumlah PATI yang berjaya didaftarkan semalam ialah seramai 2,593 orang dengan Sandakan mencatat jumlah tertinggi iaitu 615 orang, diikuti Lahad Datu (570) dan Tawau (348). Sasaran pendaftaran hari ini ialah 4,000 orang. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan