Kerajaan Tidak Akan Tunduk Kepada Ugutan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENPASAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyelar pihak pembangkang yang bersikap seolah-olah mengugut kerajaan untuk terus mengadakan demonstrasi bagi mencapai tuntutan untuk satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya jangan terlalu mudah memanipulasikan matlamat asal semata-mata untuk mencapai agenda politik dan sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Saya tak fikir kita akan tunduk kepada ugutan, tetapi kerana mereka mempunyai apa yang disebutkan sebagai motif politik supaya menyemarakkan perasaan kebencian kepada kerajaan, seolah-olah kerajaan tidak bertimbang rasa, seolah-olah sistem pilihan raya kita ini kuno sangat, dan pilihan raya telah dijalankan secara tidak teratur," katanya di sini Isnin.

Beliau mengulas rancangan pihak pembangkang yang seolah-olah mengancam kerajaan untuk meneruskan perhimpunan haram bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Muhyiddin, yang menyertai Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN di sini, berkata jika pembangkang ikhlas untuk menambah baik sistem pilihan raya sebagaimana juga yang dikehendaki oleh Barisan Nasional (BN), mereka harus ambil satu pendekatan positif.

Pada 9 Julai lepas, sekumpulan masyarakat telah mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur dengan sokongan parti pembangkang bagi mendesak kerajaan memperbaiki sistem pilihan raya yang mereka dakwa sebagai tidak telus.

"Sistem pilihan raya kita sudah diuji lebih daripada lima dekad dan semua harus terima hakikat bahawa inilah sistem yang telah diterima,", kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau juga menyelar sikap pembangkang yang enggan mengambil kira penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebuah badan berkecuali yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia, mengenai tuntutan-tuntutan mereka.

"Penjelasan yang diberikan bukan dari kerajaan atau menteri, ia dari Pengerusi SPR sendiri. Cuma ada beberapa perkara lain yang perlu dibincangkan dengan kerajaan. Ia perlu ada proses cara bagaimana bidang-bidang itu dapat diperbaiki,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang tidak pernah menyalahkan sistem pilihan raya apabila mereka memenang sebaliknya mengatakan sistem itu tidak adil dan kotor apabila mereka kalah. Justeru itu, katanya, rakyat harus dapat menilai kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram itu sama ada mereka itu hanya dijadikan alat politik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan