Kerajaan Akan Pastikan Sasaran Ekonomi Dicapai: Nor Mohamed

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan semua sasaran yang ditetapkan di bawah pelbagai pelan ekonomi dicapai meskipun ketidaktentuan di Amerika Syarikat dan Eropah disebabkan oleh krisis kewangan negara-negara berkenaan.

"Ia (krisis di AS dan Eropah) tidak akan menyebabkan kita berdepan dengan banyak masalah tetapi merekanya tentunya menjadi sekatan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada Seminar mengenai Amalan Terbaik dalam Industri Pembinaan di sini Selasa.

Beliau berkata defisit dan hutang AS menjadi polemik sekarang ini, manakala masalah di Greece membebankan Kesatuan Eropah dan tiada penyelesaiannya lagi.

Bagaimanapun, Nor Mohamed berkata, rakyat Malaysia perlu bekerja keras untuk mengatasi kesukaran persekitaran ekonomi yang tidak begitu baik ini.

Nor Mohamed berkata unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar kerajaan bagi tahun ini antara lima hingga enam peratus kekal pada kedudukan yang tepat setelah unjuran dibuat berdasarkan kepada persekitaran ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan.

"Apabila kita merancang ekonomi kita, semua ini telah diambil kira dan tumpuan kita sekarang dan beberapa tahun akan datang ialah untuk mengukuhkan daya saing berorientasikan eksport dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pengeksport seharusnya menunjukkan kehebatan dan memampuan sebenar mereka untuk mengekalkan status negara sebagai pusat eksport yang cemerlang dalam persaingan sengit daripada negara-negara lain.

"Lebih banyak syarikat tempatan perlu menyasar untuk menjadi peserta serantau dan bersaing dengan syaikat yang setanding dengan mereka di peringkat global bagi mendapatkan hasil dari seberang laut," katanya.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan